harakah

Wednesday 3 August 2011

cerita cerita ramadan..

asalamulaikum...

pejam celik pejam celik x rasa juak dah 3 ari kta dlm bulan ramadan tok oo..alhamdulilah mudah mudahan dlm bulan ramadan tok kta sama2 meningkatkan keiman kta,dan juak mudah mudahan diterima Allah s.w.t,segala amalan kita.sia sitok jak bazzar ramadan,bertambah juak punca rezeki,kpd sidak2 yg berjual di bazzar ramadan..apa kta org bertambah2 lah rezeki ya..disamping ya juak dimasjid meriah juak dlm bulan ramadan tok,mun berkekalan mcm tok kan bagus.mun dapat masa tok lah kta meningkatkan lagik keiman kita sampea seterusnya.disamping ya juak,kpd sidak2 yg shopping di bazzar ramadan ya,knk hati2 juak,bukan apa,mun nak berbelanja ya boleh tapi jgn juak sampea membazir..ingat2 juak,jangan nak ngekot nafsu gilak,mun nak beli ya boleh..tp ala kadar jak lah..takut sik terabis kan membazir ya nak,sik bagus juak mun dah sampea berbuang lepas ya,ya lah kita kenak bijak berbelanja, lagipun raya klk banyak juak nak makea duit..sama juak dgn sidak yg berjual dibazzar ramadan ya,jangan ingat nak untong jak,barang nok dijual ya knk jga juak kualiti,apa kata org berjual sambil beramal..jgn sampea org jerak nak ngagak staal kita...ok lah klk lain kali kta cerita2 gik..apa kata org kita sama2 beringat..mudah2han amalan kta diterimak oleh ALLAH s.w.t....amin..

Monday 1 August 2011

PEMBUKAAN AKAUN PAS CAWANGAN TAMAN DESA ILMU (TDI)

Alhamdulilah syukur,pada hari ini PAS cawangan TDI telah pun berjaya membuka akaun di BANK ISLAM.Akaun bank tersebut adalah di atas nama PAS CAWANGAN TMN DESA ILMU,pembukaan akaun tersebut juga adalah bagi memudahkan segala urusan pas cawangan tmn desa ilmu.kepada sesiapa yg ikhlas utk menderma kepada pas cawangan TDI,bolehlah melalui akaun bank islam,atas nama PAS CAWANGAN TAMAN DESA ILMU NO AKAUN 11-040-02-835461-8 (BANK ISLAM).

Sunday 31 July 2011

Banner Sempena Ramadhan PAS Caw. TDI...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, PAS Caw. TDI telah berjaya menaikkan banner sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak di sekitar Taman Desa Ilmu (TDI), Kota Samarahan semalam. Perancangan untuk menaikkan banner tersebut adalah bertujuan untuk mempromosi akan kewujudan PAS di Taman Desa Ilmu (TDI) dan mengingatkan penduduk sekitar TDI akan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak.

Harapan kami, agar masyarakat sekitar TDI khasnya dan masyarakat Samarahan amnya memenuhi keberkatan bulan Ramadhan ini dengan memperbanyakkan ibadah dan mengurangkan masalah. Mudah-mudahan Allah Taala mengurniakan pahala yang berganda kepada kita semua... amin..!












Allahu Akbar...! Allahu Akbar...! Allahu Akbar...! Walillahilhamd....

Keistimewaan Bulan Ramadhan....

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas 2 bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Syaaban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya:

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.



..............................
Biografi:

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi,Maktabah Al-Manarah,Makkah. 
2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani 
3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

Selamat Menyambut & Memperbanyakkan Ibadah Di Bulan Ramadhan...

Saturday 23 July 2011

PERANAN PAS TDI

Peranan PAS cawangan Taman Desa Ilmu atau lebih dikenali sebagai PAS TDI adalah merupakan salah satu tapak bagi mengerakkan jentera perjuangan pas di bumi Sarawak,ianya ditubuhkan serta telah dirasmikan oleh setiausaha pemuda pas negeri Sarawak dalam berberapa bulan yang lalu selepas selesai pilihan raya umum negeri Sarawak yang lepas.PAS TDI juga berperanan untuk membantu mana-mana jentera pas di seluruh Malaysia.

Friday 22 July 2011

SELAMAT DATANG KE PAS CAWANGAN TAMAN DESA ILMU KOTA SAMARAHAN

Assalamualaikum...


PAS cawangan Taman Desa Ilmu mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi,semoga kehadiran ramadan kali ini akan lebih mendekatkan diri kita agar sentiasa meningkatkan keimanan tehadap ALLAH swt.